
Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini.
Wednesday, April 7, 2010
saje suka²
Wednesday, March 24, 2010
Hayatila...
Ayat yang last tu... Your mother looked for you to live while you are waiting for her to die... betulkan.. seorg ibu bersengkang mata kalau anak sakitkan... cuba sedaya upaya untuk bagi anak itu hidup..tapi bila ibu yg sakit anak bg pelbagai alasan untuk menjaga...bila dah sakit kita akan doa..kalau tu akan buat dia tersiksa..Engkau ambilla nyawa dia... betul tak apa org ckp ni... org tak kata org lain..org pun mengingatkan diri sendiri jugak... bila dah jadi ibu...baru kita tau pergorbanan seorg ibu... Mcmana seorg ibu sayang seorg anak tak sama dgn seorg anak sygkan ibu dia...
So renung2kan la.... waaaa (nangis)
Thursday, February 11, 2010
Doa...
Thursday, November 5, 2009
Tutupla auratmu...
Annisa : Apakah hakikat tudung ?
Subhanallah ...
Wassalam...
Thursday, September 10, 2009
Balik Lah Wok…
sayuk, mengelo anok dok balek (sayup, panggil anak balik)
menyemboh sujuk padeymu (sembah sujud pada mu)
seakang zamang dok taung sudoh sapok
seakang zamang geleki ' abih doh
mung dok jauh mok panggey dekak (awak duk jauh, mak panggil duk dekat)
mung dok dekak mok panggey ghapak (awak duk dekak mak panggil duk rapat)
mung dok ghapak mok senda dok emboh wui ggogeh (awak duk rapat mak.. tak faham... ggogeh tu goyang)
ghenungang si ibu teghanding jauh (renungan si ibu terpelanting jauh)
seakang mengelo anok manih (seakan memanggil anak manis)
yang hatinye gelebek sumbing (yang hatinya koyak rabak..kut)
Ingak air mate yang lughuh bejelabok belembang dilambong (ingat air mata yg jatuh, penuh beranda)
seakang noknye anok tembor bedecung dari kualey lumpur (seperti anak dia nak lari laju dari kl)
bior cukoh depang matey (biar berada depan mata)
biorloh mung dulu sukey mengakah sedor-sedor le ni senyak ttupah (biarla awak dulu suka buat sepah, sedar2 sekrg senyap je)
sepagi tumboh menengong
mok tunggu mung baliek ghayey kkapong (mak tunggu awak balik raya kat kg)
mok tunggu mung jadi bejughuh (mak tunggu awak jadi elok)
jangang jadi cakduh (jangan jadi tak elok)
mok doa (mak doa)
bia jadi manih dok kelak sebak
mok doa lagi haghi ghayey biar tenang janganglah kelecak baghak (mak doa lagi hari raya biar tenang janganla huru hara)
ghok jelibong mok tebah wak jalang (semak mak dah tebas buat jalan)
takuk mung keno pakoh pingak laghi menitang kalang (takut awak kena gigit ... lari lintang pukang)
nok tengoknyee k e m ung (nak tgknya awak)
memang dok dang dang (tak sabar dah)
nok ghamah jaghimung anok ku anok kesayangang (nak ramas jari anakku anak kesygan)
haghi ghayey, ananyey buleh aku kelu mung (hari raya....)
takut nok jeghuor takuk mung belohok (takut nak ... takut awak tersedak)
bukang mok nok khitey tulok (bukan mak nak....)
bukang mok mintok emas tuko (bukan mak minta tuka emas)
mok tahu mung makang burger hotdog (mak tau awak mkn burger hotdog)
dulu mung beghahi jeghing gemor kuih badok (dulu awak suka jering suka kuih badak)
mok cughey kelor daha
baliek le wok, baliek lah (balikla sayang, balikla)
haghi ghayey dok baek bbukok (hari raya tak baik...)
mok teghimey mung sayang (mak terima awak sayang)
silaknye cumo belage woh getoh (silapnya cuma
silak iki ' je ghebuh ubi kayu dok ghebuh ubi tughok (silap sikit je tak rebus ubi kayu tak rebus ubi torak)
adik adikmung tunyey j e m ung jjadi bbukok (adik awak jelir je awak jadi....)
haghi ghayey ni balek le wok ( hari raya ni balek la..)
mok surang belagu pilu sendighi (mak sorg berlagu pilu sendiri)
ayoh mung gi dok wayak nok mati (ayah awak pergi tak bgtau nak mati)
ghasey nok geleki ' takdok tempak geli
ghayey samey mung dok tahu tempak nok gi (raya sama awak tak tahu tempat nak gi)
balek leh wok (balik la...)
anok anok ku (anak2 ku)
kalu mung kenang guan e m ung tubek (kalau awak ingat mcmana awak keluar)
kalu mung kenang sapey bbesor k e m ung (kalau awak ingat siapa yg besarkan awak)
kalu mung kenang pediey jagey mung dok keche ' ( kalau awak ingat siapadia yg jaga awak dari kecik)
kalu mung kenang macamaney mung buleh bbace nuleh ( kalau awak ingat mcmana awak boleh membaca)
pagi ghayey ni (pagi raya ni)
mung adey cukoh dumoh (awak ada duk kat rumah)
pagi ghayey ni mung buak ayer ddapur (pagi raya ni awak buat air kat dapur)
pagi ghayey ni ciung tangang oghang tuey ley (pagi raya ni cium tgn org tua la)
pagi ghayey ni mintok maah dengang mok (pagi raya ni minta maaf dgn mak)
pagi ghayey ni mok dok pernoh berniak nok keh e m ung (pagi raya ni mak tak pernah berniat nak...)
haghi ghayey haghi bekelogey cendrahati temaha (hari raya hari ...)
hadioh paling cume hampey paling besor (hadiah paling ....)
haghi ghayey, mung sumeylah paling basor (hari raya, awak semua la paling ...)
anok beghanok waghih waghoh (anak beranak waris..)
Thursday, August 13, 2009
Sama2la kita berdoa...

Tuesday, July 28, 2009
Tanda² Sakit - This is Good..!!
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air .
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Friday, July 17, 2009
Kajian Mengapa Perlu Solat Awal Waktu
Jangan Mencari Terlalu Sempurna...
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ..........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya......
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain... Terlalu ingin mengejar
kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN
kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu
akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang L ain Kamu juga yang
akan MENYESAL....
Thursday, July 16, 2009
Cite Michael lagi...
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Apa2 pun AL-FATIHAH untuk Arwah beliau...
Tuesday, July 14, 2009
Fuyooo....
Monday, July 13, 2009
Muhasabah diri....
Engkau Terbaik Untukku
"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba.
SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
YANG LEBIH, YANG KURANG
“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Jumpa lagi, Insya Allah.
** moga kita sama2 dapat sesuatu dari artikel ni...
Wednesday, July 8, 2009
Isshh Panasnya...
Sebagai Renungan:
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Wallahualam
Hilangkan stress...
Mari kita tengok ape ayat yang keluar dari tarikh lahir korang
1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:
January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling
2-Ambil ayat dari hari lahir korang
1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun
3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan
1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan
4-Ambil ayat dari color yang korang suka:
putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!
May 23 3 kaler ni yg susah...sebab org ni suka semua colour... ikut ari..so ikut arini nyer mood kaler ok...
aku terajang mee kari adik aku di dalam jamban sebab aku memang terer
ha..ha..lawak... org mmg ganas..pun... so kawan2 cuba2la..moga hilang segala stress...
Tuesday, July 7, 2009
Lawak Gila...

nampak tak??Hai Abang,
Sy dah lama perhatikan abang,
Sy minat dah lama ngan abang,
bleh berkenalan?
Sy tunggu abang kat Secret Recipe
sok kol 5.30 pm ea?
Sy pakai tudung belang-belang,
warna hitam putih
Datang tau,sy tunggu
Yang Mengharap,
Bunga
30/06/2009
ahakss...
Tuesday, June 30, 2009
Monday, June 29, 2009
Wudhu' Zahir dan Batin
Monday, June 22, 2009
Kedatangan Rejab - 24th of June 2009
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
nak puasala... insyallah...
Friday, June 19, 2009
Terlucah plaks...
Two old friends - a Chinaman and a Malay were having a conversation recently .....
Apek:Lu potong zaka ada bagut ka?
Ali: Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo...
Apek: err .... saya kawan ala cakap, potong zaka aaahh.... manyak ploblem..
Ali: Apa problem?
Apek: Manyak buang lui, lagi aah... dia punya performance tadak bagut... manyak cinang semputloh ...
Ali: Cehh... apek, lu apa cerita... saya suda lama potong.. tada apa problem... bini saya manyak puas woo...
Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka?
Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..
Apek: err.... lu punya 1.3 atau 1.5??
Ali: woi apek cakap baik2 sikit ha ... saya punya 6 inci laa..
Apek: Tiu nia ma... lu jangan main2 haa... mana ada potong zaka 6 inci..
Ali: Cilaka apek ni...nah tengok (opens his trousers)..
Apek: Chee sin punya olang.....gua tanya baik2 ... lu tunjuk lupunya lanchiau..
Ali: Abis... lu tada percaya..saya tunjuk la..
Apek: Saya tadak tanya sama lu punya lanchiau... Saya tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. bolo punya olang..
Ali: Aiya... apek... lain kali lu sebut betul2 la.....kasi susa saja.. Bukan potong zaka la..... Proton Saga........ lah
WAKAKA...
