Friday, July 31, 2009

ntah apa2...

Semlm bila baca n3 rose psl jiran dan anak, tiba2 org jd takut... takut nak besarkan danish.. takut dgn mcm2 yg terjadi skang ni... takut danish tak dengar ckp... takut bila danish besar..ntah apa yg berlaku... moga danish membesar.. tak banyak kerenah, tak de la nak nyusahkan hati,ibu dan abah dia... yela semua ni dugaan hidupkan.. kita hanya mampu berdoa, yang terbaik untuk kita...

Semlm dlm kete nak balik rumah, ada kete dr arah depan nak masuk parking tiba2 dgr danish berkata2...

Danish : egeh2, embab... (terhegeh2, lembap)

org dgn hubby saling pandang, nak gelak tapi rs bukan ms yg sesuai... Org siap jegil mata kat hasben sambil berbisik.. lain kali nak bercakap, kena ingat anak makin membesar, tak leh ikut mulut je bercakap... mmg ayat2 tu mmg dr abah dia la kan...

Org: tak baik ckp mcm tu..
Danish: tak aik...

Mlm plak... danish dgn abah dia tgh dok bergomol...tiba2...

Danish: epas aku.. (lepas aku)
Hubby:???
Org:???
Org: tak baikla sebut aku.. ckp 'saya"
Danish: aya... aya cicakman..
Org: ckpla aku, nanti ulat masuk mulut dia..

mana la dia dpt plak ni... sebab kita org tak pernah ckp aku pun kat rumah... ntahlakan..org jd takut...

Semlm plak, tiba2 je org rs tak sihat...penat sgt... org ckp dgn hubby

Org: org rs lainla, org minta maaf banyak2 ye.. halal mkn minum
Hubby:abg pun minta maaf jugak..
Org: maafkan tak org ni???
Hubby: yela...

Pernah tak rs mcm ni... org ni kdg2 pk ntah apa2... kdg2 boleh tak org pk.. ms org on the way blk dr keje... selalu je org pk... kalau org dgn hubby jd apa2.. org lain tau ke danish duk kat mana.. babysitter akan tau ke apa2 jd kat org... heh..heh...

Layan jela si jiwa kacau ni yek... hormon tak betul kut...





Tuesday, July 28, 2009

Nak tgk pengantin???

nila..pengantinnya...he..he.. eleh malu2 plak pengantin laki2 tu...

Danish: gatal plak belakang ni, depan2 awek cun ni..
Ain: ek eleh..relaxla.. ala mummy & papa kita sportingla..

Danish: ok! PEACE! agak2 mummy & papa awak suka tak kita
Ain:ibu awak ckp awak mkn byk sgt.. mesti mummy kita reject...

suh ain duk sebelah danish..dia malu..he..he..


ni pengantin yang sebenarnya... SELAMAT PENGANTIN BARU SHAKIRA & KHAIRIL
he..he..saje je ngusik danish dgn ain... saje memeriahkan suasana... ms kecik saje nak padan2 kan..bila dah besar sikit..ada awek..mula nak marah kan..he..he..
p/s : tq to ju - gambar ihsan dari ju


Tanda² Sakit - This is Good..!!

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air .

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Saturday, July 25, 2009

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.



Friday, July 24, 2009

Arini ari Jumaat...

Eeee.... suka je ari jumaat.. sebab esok cuti..lusa cuti... skang ni tak sabar nak tunggu jumaat sebab nak tgk cite Nur Kasih... best kan cite ni... 1st episod je org tak tgk.. lepas tu mmg org tak pernah miss lg.. kalau ari jumaat mlm, sanggup tu sembunyi remote.. he..he..bukan tak tau danish tu suka sgt main remote... pakai tekan je dia.. tp bila dah buka cite tu dia pun layan gak... pastu ko buat la anugerah apa ke mlm tu mmg org tak tgkla.. harap2nya sebelum Nur Kasih ni habis, jgn la ada award apa2...last week shout award kan?? org tgk gitu2 jek...

Apa plak kisah mlm ni ya, heroin tu kdg2 tgk muka dia mcm Farah AF.. kadang2..sweet je kan muka dia.. lembut je.. isshh..org dah tak sabar nak tunggu kul 9 ni... he..he..

Hakikat Sebuah Pernikahan

Ada banyak alasan manusia yangmembuat dasar dari hakikat pernikahan.Hakikat yang seperti apakah yangpaling membahagiakan? Cuba kitalihat…dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalahkerana nafsu, maka pasangan rajinbertengkar jika servis di kamar tidurtidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalahkerana HARTA, maka pasangan bakalbubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalahkerana KECANTIKAN, pasangan bakallari jika rambut mula beruban dan mukakeripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalahkerana ZURIAT, maka pasangan akancari alasan untuk pergi jika pasangan tidakdapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalahkerana KEPERIBADIAN, pasangan akanlari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalahkerana CINTA, hati manusia itu tidaktetap dan mudah terpikat pada hal-halyang lebih baik, lagi pula manusia.Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalahkerana IBADAH kepadaALLAH,sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAHmencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka takada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.



Thursday, July 23, 2009

Apal layu....

dah lama org tak cite2 kan??? nak kata bz sgt tak la sgt cuma, ari selasa tu org mc, demam... masuk je ari rabu, tak sempat nak on pc... dah kena suh pindah dah... org pindah tempat je... opis tgh renovate ni... and tempat baru ni tak best sgt..open sesgt..so nak buka blog kena berhati2 la.. kena tgu lunch hour la barula boleh buka.. rsnya bos semua tak kisah..cuma kitalaa yg tak bestkan.. semua org duk pulun buat keje..kita pulun mencoret blog..ha..ha...

Org nak cite psl danish ni... org dah start ajar ABC kat dia... dia pun mcm enjoy je nak belaja kan.. walau dia pronoun ntah apa2... hantam sajela labu..janji nak jugak belaja..kan..

Org: A, B, C ...........U V W
Danish : A, B, Ci ... U Bi apal layu...
Org: double U la...
Danish: Apal layu....

lawak gila..siap ada nada2 lagi bila sebut W tu... he..he.. semlm plak..tiba2

Danish: bu apal layu...
Org:??? (org kan blur sikit lambat tangkap) ooo W

arini bila dtg keje, terdengar2 sore dia sebut APAL LAYU... he..he..