Wednesday, June 3, 2009

Marble Kek Oreo...

Org dah banyak kali nak cuba buat kek ni..tiap2 minggu org beli biskut oreo..tujuan nak buat kek ni...tapi selalu tak berjaya..kerana danish telah nampak itu biskut...dan telah menglangsaikan biskut itu..serious..byk kali dah beli biskut ni...tapi punca utamanya..penimbang ada tapi tampuk dia dah hilang..so mcmana nak timbang tepung segala bagai... danishla..duk main menatang tu..ntah mana dia buh ntah..benda alah tu..sakitnya ati..kena beli lain..g cari kat jusco..mak ai mahalnya..kat rm50..tak pela..biarla dulu...sebab tu la..asyik je tertangguh kek org ni.. org dpt resepi ni dari en mat gebu dimana gamba2 tu pun hak milik dia.. sebab tu cilok gamba gak..byk kali org cite pasal kek ni..diaorg ty mcmana rupanya..so senangkan ada gamba tq en mat...




Bahan-Bahannya :-)

250 g mentega
135 g gula halus
5 biji telur gred A, asingkan kuning dan putih
135 g tepung halus (mat guna tepung gandum)*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
10 keping biskut "Oreo" dikisar halus

Cara membuatnya :-)

  1. Putar mentega bersama 1/2 bahagian gula halus hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, gaul rata.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula halus dan putar hingga kental, tetapi tidak keras.
  4. Masukkan putih telur dalam adunan mentega dan gaul menggunakan kaedah kaup balik, sehingga rata. Bagi 2 adunan tadi. satu bahagian campur dengan oreo kisar dan satu lagi pada adunan asal.
  5. Tuang berselang seli dalam acuan (8 x 9 x 3 ) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 45 minit. Bergantung pada oven masing2..

Untuk resepi2 yang lain boleh tgk blog en mat gebu at http://tiffinbiru.blogspot.com/

No comments: