Thursday, May 7, 2009

Resepi lagi

lagi resepi yang diceduk dari fp kak rinn http://rinnchan.fotopages.com/





STIR FRIED SHITAKE & ASPARAGUS

Bahan-bahan:
Semangkuk shitake,
dihiris secekak asparagus,
dipotong 2 inci panjang
3 biji bawang putih,
diketuk 1/2 camca teh lada putih
1 camca teh lada hitam kasar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Secubit garam
Sedikit minyak zaitun utk menumis (Minyak masak biasa pun ok...)
*Minyak bijan

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan lada putih, kacau seketika. Masukkan hirisan shitake dan goreng hingga agak layu.
2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau sebentar dan masukkan asparagus. Tumis sekadar asparagus layu, terus taburkan lada hitam kasar dan garam. Kacau rata. Kalau suka boleh masukkan beberapa titis minyak bijan. Siap utk dihidangkan.

1 comment:

rinnchan said...

Salam,
Tak pe C&P, asalkan acknowledge. Tapi dgn satu syarat tau... dah copy kena buat ya resipi tuuu..heh heh heh...Jgn perap aje.