Tuesday, June 30, 2009

Nape tak leh nak Autopublish...

Isshh geram sungguhla... ntah manala silapnya.. buat auto publish tapi tak plak dia publishkan ikut ms yg kita nak tu..terpaksala kena buat manual publish... hampeh tul...
sape boleh tolong??? ady F1 help, F1 help ..he..he..



Transform danish...

Sabtu ritu, berdua je dgn danish g Jusco Cheras Selatan, konon org nak ajak danish tgk transformers, tp tiket dah habis..frustkan??? tak pe la at least org tau danish behave sgt, so lenkali kalau abah tak de kita bolehla.. berhuha... he..he.. boleh tak dia tak nak naik cab org lain.. bila buka pintu dia nampak org lain..terus dia lari.. ceh.. ko ingat abah je ke yg bawa cab kat kl ni???


ada salesperson bg biskut Farley's kat dia..yg bestnya dia bukan nak ambik sekeping tp the whole bekas.. tamak betul anak ibu ni... malu ibu...



tgh menghayati biskut tu... lalu je sini, org bg biskut, lalu je situ, org bagi minuman plak.. kenyangkan... tp portion org of coursela..danish yg dpt...



Petang, abah plak ajak g gunting rambut.. so tak dpt tgk transformers, danish je yg transform... so upah dia eskrem..








sukala dapat makan eskrem... so comot...



H1N1 aka Selsema Babi


wakaka...



Monday, June 29, 2009

Wudhu' Zahir dan Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuksolatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



Rumah terbakar...


Tetiba je opismate pgl, tgk rumah setinggan terbakar.. tepi federal hiway ni je.. ntahla brp byk buah rumah yg terlibat, ntah ada nyawa terkorban pun tak dpt dipastikan. kami tgk dr kejauhan sahaja...




bomba tegah bertungkuslumus nak memadamkan api.. nampak asap je kan.. realnya nampak api tp dlm gambar tak nampakla plak apinya...


Asap dah putih sikit... harapnya tak dela..yg terkorban... rumah yg kena tu paling tepi so bomba padamkan dr hiway tu je... yela kalau nak msk ke dlm sana.. agaknya rumah yg berdekatan pun terlibat sama... tu railway lrt dr universiti ke kerinchi..

video



Antara Kakak & Katak

Ari jumaat aritu, danish duk belek buku dia, pastu org ternampak la gambar katak, org pun suh la dia sebut...

Org : Katak
Danish : Akak

org tak puas ati takut org salah dgr

Org : Katak
Danish : Akak

mmg betulla dia sebut kakak.. biasanya budak pelat ni kalau sebuat kakak jd atak kan??? dia plak terbalik...

Org : Kapak
Danish : Akak
Org : Kakak
Danish : Akak
Org : Katak
Danish : Akak

Uissshh tak leh jdla.. org pun duk ulangla bg dia sebut betul2.. ni la hasilnya.. okla..dr ari sebelumnya... danish oo danish...


video

Friday, June 26, 2009

Kreatifnya dia...


Apa benda tu... ha ni la pistol danish... he..he.. kreatip kan?? bukan tak beli mainan untuk dia tapi danish bukan jenis sayang rete benda... kejap je hancur... jadi ko main jela benda2 yg bolelh di transformkan...

Sebut pasal transform, org ingat nak ajak danish g tgk transformers nye movie la.. tapi agak2 hubby setuju tak?? (sejak org kenal hubby, tak pernah lg org tgk wayang, org g tgk pun dgn kwn2) tgkla mcmana yek... kalau tak de org buat n3 psl tu maknanya..org tak g tgkla..



Michael Jackson, the 'King of Pop,' dies at age 50


Pagi td tgk MHI, depa bgtau MJ dah mati, ingatkan rumours je, skali tgk buletin pagi pun ada bgtau... mmg betulla ni.. tpi sebab2 kematian ada yg ckp sakit jantung ada yg ckp ditemui tidak sedarkan diri di rumah..


Org tak de la minat sgt kat MJ ni tapi org dibesarkan dgn lagu2 dia.. ceh... pastu at one time ada yg inform, dia convert to Islam.. tak taula betul ke tak?


Yang pasti untuk semgu ni mesti cite dia je kan..mcm Lady Diana mati dulu pun kan..



Thursday, June 25, 2009

Vitamin C

Ingat artis je pakai Vitamin C, org pun pakai gak.. he..he..caya ke.. org mmg ada problem dgn tonsil, boleh kata tiap2 bulan memang tonsil org akan bengkak.. agaknya Dr kat klinik dah bosan asyik2 org je yg dtg klinik dia kan... dia suggest org ambik Vit C, org malas nak mkn vit c sebab dia akan menyelerakan org.. tp Dr kata ni lain.. dia akan berada dlm badan kita selama 8 jam Vitamin C slow released (buffered). So kita punya antibody jd kuat...

Org g cari kat Guardian, ada satu botol je..tu pun puas tilik. So far org makan, alhamdulillah. dah lama org tak g klinik, kalau boleh bg kat danish org dah bg danish mkn.. Ms danish demam aritu pun, dulu pantangla danish demam, mesti lepas tu org plak yg soksek.. ni je yg mampu nak mkn buat ms ni...

pastu baru2 ni ada uncle pharmasist dtg opis, suh dia crkan vitamin c, dia bawa yg ni plak, dia kata sama je, yg ni lebih murah, okla. So far, alhamdulillah!!! So pada sape yg rs antibody dia tak kuat mcm org, g la cari ni, yg blackmore tu org rs dlm Rm40++, 21st century ni, dlm RM30++, kalau tak silapla.. org dah lupa..

Sekarang H1N1, dah ada domestiknya kan..risau plakkan..pg td tgk MHI, mcm seram pun ya jugakkan.. so tak yah g mana2 la..kita duk rumah je la.. nak kenal ambik vaccine ke??



Macam Macam Danish...

Org mmg tak de cite lainla.. cite danish jela.. yela nak cite psl org.. tak de benda yg nak dicite sokmo2 danish la yg jd bahan cite.. Kadang2 bila tengok danish duk main sorg2, nak tergelak. creative dia ni, dia ambik pensil kaler, dia buh pengepit tgh2 dia buat pistol... he..he..he.. kdg2 dia main kete remote (yg dah rosak), dia buh la mcm2 bg kete terjungkit sikit.. bila ty dia..
Org : Danish buat apa tu??
Danish : ete ucak (kereta rosak - konon2 kete masuk w/shopla)
yang tak tahan bila dia main menatang ni... isshh risau pun ada.. yela mainan pompuan kan.. dulu org pernah sembunyi, ntah mana dtgnya.. org ty hubby, ntah apa yek dia jwb... kalau dia ckp tak leh nak caya sgt..byk kelentong jek... actually bukan la mcm bear sgt, menatang tu berbentuk bear tp yg boleh mskkan tgn kut bontot dia..mcm puppet tu.. org rs hubby beli kut.. danish pgl aby (baby la konon)

bila semlm dia main, dia siap bg botol susu dia.. ha..ha.. nak tergelak.. bila tanya danish

Org: danish nak baby tak?
Danish : anakkk ( agak marah sikit)


bolehla jadi abang yek.. ha..ha..


Ada sekali mlm tu, dia tgh main dgn aby dia ni.. pastu org ajak tido..dia bawa masuk tido sekali.. pg esok org bgn, tgk aby dia dah duk kat hall, mesti hubby ambik letak kat luar sebelum dia masuk tido, tak sanggup agaknya nak tgk anak tido dgn menatang tu mcm gurl.. he..he..

Org nak cite ni, danish kan kalau dia nak apa2 brg, kalau org rs benda tu mcm membazir..

Danish : bu nak ni bu..

Org: ibu tak de duitla danish, danish ada duit ke?? tak yah la ya..tak de duit..

Alhamdulillah dia ok je.. One day, org nak beli hadiah kawen cousin org kat Jusco, dia biasa la mesti ngeko nya.. tgh2 duk pilih tetiba

Danish : bu..yit akde (siap dgn muka2 ni, tgn pun sama marahla konon... ibu duit tak de..)

mula2 org tak faham..biasala org kan lembs sikit... dua tiga kali gak dia ulang... barula org faham.. dlm ati..ceh ko bahasakan ibu yek.. org gelak je la.. nak kata apa lg...

Ibu2 lain risau anak tak nak makan kan, tapi org plak risau danish suka makan.. betul kalau suka makan pun susah jugak tau.. org takut dia obesiti.. dia masih muda.. kesian kat dia.. so sementara boleh kawal ni..kawal la.. org pastikan dia tak mkn lewat mlm, sampai dgn org sekali la, tak mkn.. yela ms bg dia makan org rs kenyang lg.. bila rs nak makan..kalau org mkn..dia nak mkn gak.. terpaksala org tgu dia tido.. kalau dia tak gak tido.. berlapa la jawab nya.. sanggup tu.. kurus ibu ko danish (tak de maknanya.. makin bolat ada). Aritu org g beli susu coklat, dia tak nak minum...

Danish : bu..cucu bu..

Org: susu dah habisla danish, milo boleh..

Danish: air acak bu.. (air masak)

sejak dia demam aritu, dia hanya minum air masak je.. ok ke tak ekk?? rsnya dah cukup dah khasiat dia dr makanan dia..it should be ok... ms dia minum susu pun kan.. untuk satu botol org buat satu skop je.. yela.. ambik syarat je minum susu tu.. dia dah mkn segala2 dah kan.. ok tak?? rsnya org nak stopla dia minum susu... patut tak??



Wednesday, June 24, 2009

Aksi tido danish...

Aritu ada masuk contest tido tu, tapi sad to say danish tak berjaya.. tak taula mana silap nya.. tak pela..masuk pun untuk suka2 (pdhal frust gak), org korek2 gamba2 lama danish, jumpa la bermacam2 gaya danish tido.. so funny... mari kita tengok...
yang ni dlm troley TESCO, ms ni org lepas pantang, cari brg2 danish ms mula2 sampai kl. sorg lalu mesti tengok danish.. yela dia bambam..


herot2 muka..he..he..


danish mmg suka tido gini, tak tau kenapa, kaki dia bukan sangkut pun kat kain buai tu.. tapi dia boleh je tido kaki ke atas gitu.. agaknya nak jd gimnas kut... ahakss..



ni lagi satu

ni plak.. ms mkn kat Nando's..ngantok sgt.. yg best nya ibu dgn abah dia continue je mkn.. zalim tak?? bukan apa, kalau angkat mesti dia terjaga, pastu terus dia tak nak tido.. danish bukan penido org nya (ada ke ayat penido..hantam saja)

gaya boxing... ntah nak boxing dgn sape ntah..patutla skang ni, sikit2 je boxing dgn abah.. hubby mmg jd mangsa danish lepaskan tumbukkan.. brp kali dah hubby tu pecah mulut kena tumbuk dgn anak..

so comeyy... suci je kan... (mcm ibu dia.. nak jugak!!!)


kaki tetap nak pusing2... danish ni agak lasak gak tido dia.. tapi alhamdulillah sekali je dia jatuh katil ms dia kecik2 dulu tapi bila besar ni byk kali gak jatuh katil, org tak kisah dia nak jatuh byk kali pun sebab kat bawah tu org dah buh tilam..dia jatuh pun atas tilam so tak sakitlaa...dia boleh sambung tido balik..

danish tido buai, tapi dia kan plum, spring buai tu tak dpt nak menampung berat dia so putus.. tgl 4 je spring..org rs masih selamat org guna lg.. pastu sepring ke4 tu mcm nak putus lg..org pun bgtau danish.. danish buai ni nak putus ni.. kalau putus ni..ibu dah tak beli buai lain tau.. danish tido je kat bawah.. dia angguk.. dia tgh2 tido.. boleh tiba2 dia terjaga, sebab dia rs dah tak sedap kut.. terus dia ckp nak tido bawah.. sejak dr tu..dia dah tak tido buai lg...


ni gamba paling terbaru... semlm, org tgh layan Desperate housewife.. so dia akan layan diri dia sendiri... tetiba menonggeng.. danish ni org perasan..kalau dia nak tido..dia akan ambik feel... goyang2 kaki dia dulu (ni mcm wan trg)... tgn cari tepi baju kaftan org.. sampai org kena tido tegakla..kalau tido sebelah dia.. yela kalau tido ngiring..mesti kena marah dgn dia.. "epi aa".. dah dia nak gentel2 tepi kaftan org.. org pernah bg dia kaftan org yg tak pakai, tak nak dia.. dr dia kecik lg, mesti nak tepi2 kain.. tp kalau org tak pakai kaftan..tak dela dia marah suh org pakai gak kaftan... berani dia nak marah..he..he.. lg satu habit terbaru dia..kalau dia tgh main2, pastu org ajak dia tido..segala mainan yg dia tgh main tu, akan dia bawa masuk tido sekali... nyampah gak kdg2..segala benda duk atas katil tu...sebab bila pg dia dah tak igt segala benda yg dia bw masuk bilik mlm semlm..isshhh..danish..danish..
gitula gaya2 danish tido... nampak dia makin pjg je kan.. bagus..berjaya gak misi org... apa misi org.. biarla rahsia.. (poyo..nak gak jd siti..ahaks..)




BUDAK HILANG, TOLONG SEBARKAN!!!!


Salam Semua... Minta bantuan tolong sebarkan maklumat dan gambar ni dalam apa jua bentuk supaya orang ramai boleh melihat. tak kira la blog ke, facebook ke, dan Sebagainya..
KANAK-KANAK HILANG
Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009.
Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661.
Terima kasih.
Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm.
Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information.
Thank you.
Taken from MAT GEBU
** banyak betul.. kehilangan budak nowdays, adik shalini, tak jumpa2 lagi.. mcmana la nak besarkan danish dgn suasana mcm ni.. alamatnya, kena kurung jela danish dalam rumah 24 jam.. Doa kami, agar mereka ditemui dalam keadaan yang selamat..aminnn

*** Update

Org blog hop redmummy, rupa nya dah jumpa dah budak ni... so saya copy je yg red tulis ni...

Alhamdulillah …bebudak tu dah jumpa pun….ada orang yg baik jumpa and hantar gi balai polis. sib baik org baik yg jumpa….but detail not so sure coz kak miza pun x masuk opis lagi… apa2 pun syukur the kiddos takde apa2….



Tuesday, June 23, 2009

Colour2 rambut...

Dulu org mmg teringin sgt nak kaler2 rambut, org suka kaler mcm nak magenta tu sikit..apa nama ekk.. ntahla.. apa nama nyer.. tp bila dah ishtihar kata halal lgla org berkobar2 nak kaler rambut, igt lg ms tu org tak kawen lg... org ckp dgn bopren org (hubbyla), org nak kaler rambut boleh?? g la watson ke guardian, g cr, org mmg berkenan la kaler..ha... bergundy (betul ke eja ni), pastu tiba2 je terlintas kat kepala org..yg halal tu bahan dia... pakai sah ke wudhu', sah ke segala mandi... org terus tak jadi beli... sampai sekarang org mmg tolak tepi dah nak kaler2 rambut ni... nanti bila rambut org dah putih2 yg banyak... biar jela.. org rs mcm tak lama je lg rambut org akan putih yg byk.. skang pun byk, tp rambut hitam msh menutupi...
Nasibla tetiba je terlintas mcm tu kan.. tu makna petunjuk yg Allah bagi, kalau tak mcm mana solat org yek, mandi wajib!!!
So kawan2 pikir2 kan la...



Selamat Hari Bapa

Lambat dah ke... tak kisahla.. org br berkesempatan nak belek blog... lagipun tak berdosakan...
Org nak ucap SELAMAT HARI BAPA pada 3 org...

1) Papa @ Ki

korek2 gamba jumpa gamba ni je dia dgn danish..ms ni dansih umur bulan2 kut..


Selamat hari bapa pa, papa org thn ni dah 61, tapi kalau tgk dia mesti igt dia blm pencen lg.. org igt lg ms org umur 18, lepas SPM la, org warded, yg temankan org untuk msk wad papala.. sebab mama tak dpt dtg, adik2 sekolah.. boleh tak org2 kat situ ty org, suami keje apa? ceh..aku ni tua ke papa yg nampak muda.... mmg lepas tu org malu nak jln sgt dgn papa.. org dr kecik lg memang manja/rapat sikit dgn papa, sampai papa pernah ty org.. nanti dah kahwin pun nak manja2 gini ke?? org jawab je no hal.. tapi bila dah besar.. org rapat dgn mama plak.. bila dah besar..byk plak org tak sependapat dgn papa.. selalu gak gaduh2.. org byk kali gak kecewa kan papa.. psl org berenti belaja tiba2.. but now no regrets.. yela rezeki masing2 kan, alhamdulillah rezeki org kat sini.. bolehla berdiri sama tgi dgn kwn2 yg habis belaja.. rsnya tgi lg kut.. (gila riak ni...maapkan org)


Danish pun kalau sebut je Ki, dia dah siap penumbuk..ntahla..pantang dgr nama Ki je, nak ajak gaduh.. br2 ni 3g Ki, suh dia ckp dgn Ki, dia tunjuk penumbuk.. tak tau la apa nak jd..


Papa dulu SB, papa cite dulu zaman komunis, dia tangkap komunis la, dia pernah kena kejar dgn komunis, mmg nyaris kena tembak dah, tp dia pratikkan apa yg dia belaja dia sempat menyelinap bila komunis tu pusing ke tpt lain, bila sampai rumah, suh mama kunci semua pintu kalau org ketuk pintu jgn buka, sebab once buka, mmg kena shootnya. papa sembunyila, lutut pun berlaga dia ckp..takut... alhamdulillah, komunis tu tak jumpa papa! Papa, tak pernah cite pasal keje dia.. kalau dia kena operasi, kita org tak pernah ambik tau, cukup sekadar dia ckp dia ada operasi, sebab semua tu sulit kan.. kami mmg tak pernah nak ambik tau.. cuma dia pernah tunjuk pistol dia, jgn main2 bahaya dia ckp.. kita org tak pernah usik pun.. dulu org ada gambar papa rambut panjang, ms tu dia tgh menyamar.. tapi mana ekk gambar tu.. syg plak..


Papa ni kdg2 mcm org politik pun ya, sebab ada je yg dtg or tepon minta tolong tu minta tolong ni.. minta tolong anak nak masuk asrama, mcm2 la.. kdg2 terasa papa tu wakil rakyat.. pastu satu lagi yg kita org pelik, g la mana2 tak sah kalau tak de yg tegur dia.. mesti ada je yg kenal dia.. tak kirala g la ceruk mana pun.. ada sekali tu org ajak papa & mama g kenduri sepupu hasben kat kuala pilah. dlm ati org ni je la tpt yg tak de org papa kenal.. skali silap..gak.. ada gak yg kenal papa.. dah tu mcmana org tak heran...


Papa ada diabetis, awal tahun aritu, papa kena operate mata, bukan kataraks, tapi ni tuka manik, betulkan urat2 mata, eh byk lgla.. major operation.. org sedih masa ni, sebab org tak dpt balik jenguk papa, terasa je dgn pepatah ni org tua boleh jg 10 anak, tp anak 10 tak tentu lg boleh jg org tua kan... org tepon ari2, ty kabar dia.. keluar masuk spital.. tapi mata dia masih blur jugak.. pity him..


Org doakan papa diberikan kesihatan yg baik.. Kak long syg papa...

ni dgn semua cucu dia, kita org buat surprise b'day dia yg ke 61, last mac. skang tambah sorg lagi cucu...

2) Abah @ atuk


Abdul Rahman bin Busu, nama papa org Ab Rahman bin Haji Ali, kebetulan..he..he.. ingat lg papa cite, dia bg kad kawen org kat kwn dia..pastu kwn dia ckp..ehh ni tak leh kawin ni.. terkejutla papa, nape plak .. kwn dia ckp ni sumbang mahram...ha..ha..


ehh balik pd cite Abah.. Abah, org cr2 tak de plak gamba abah, abah ni cool org nya, org pandai ckp nogori pun dr abah la.. walau abah duk pahang dah lama tapi loghat nogori dia masih tebal.. kdg2 lawak plak.. anak2 sorg pun tak de yg ckp nogori, kdg2 mcm itik dgn ayam plak dgr.. he..he.. abah keje kg je, walau umur abah, org rs dah 70 (org tak igt umur abah brp), tapi masih kuat lg.. Mak cite, hubby mmg manja dgn abah, anak abah..ha..ha.. rahsia dah terbongkar.. byk gak perangai abah dgn hubby sama...

Selamat hari bapa, abah.. terima kasih kerana menerima ma seadanya...


3) Hubby @ Abah


Selamat hari bapa, tak de hadiah ekk.. tak pela. kehadiran danish tu dah cukup jdkan adiah kan?? yela kalau tak, mana dpt nak rai hari bapa...

Org dah tau danish ni manja ikut sape, suka nangis.. (pdhal org pun mcm tu gak) Mak cite, hubby ni manja sgt ms kecik, sikit nangis... mcm danish la.. org suka je bila mak cite psl perangai hubby ms kecik2. yela boleh jd bahan kan.. pastu dia mmg kuat ngusik.. ada je benda yg dia nak sakat.. isshh..org ni tak leh.. hubby kata cenggeng... lantakla kan..

Rumah org sukala tikus masuk..org mmg gelila dgn tikus ni.. pastu org mmg rimas kalau ada menatang ni dlm rumah mesti org suh hubby tangkap.. dia mmg tak de nyer pakai perangkap ke apa ke.. kalau dia tgh projek tikus kat dapur..org mmg masuk bilik kunci... sebab bila dia dah tangkap mesti dia nak tunjuk kat org.. isshh..org geli tak faham2 ke.. siap suh org buka pintu, nak ambik tu la nak ambik ni la.. org tak layan.. pernah sekali ms tu danish kecik lg.. org lari msk bilik tgl danish kat luar.. nak kuar ambik danish dah cuak dah, kut hubby dah tangkap.. nanti dia mesti ngusik.. nasibla danish tak nangis, ms tu.. so org biar je danish kat luar sampai org rs keadaan dah selamat.. he..he.. org tak lehla, nak buat2 berani..mmg org geli..

Org pun mcm fila, kalau keluar je, anak dgn abah dia.. tapi kan, danish dah besar ni dia tak maula dgn abah dia.. geram je rs.. yela kat rumah, mmg org la buat semua. kdg2 org pk mesti orgramai pk, org ni mak yg tak ambik berat psl anak.. yela semua laki org yg buat.. sebenarnya hubby org tu berlakon...ahakss.. gila keji ngata laki sendiri.. yela..ni la masa aku nak senang lenang plak kan.. tapi danish nape skang dah tak nak ikut abah..kalau dulu, kuar je pintu kete, tgn abah la yg dia nak pimpin.. skang.. oo gila stress...

HAPPY FATHER'S DAY.. walau abang tak la sesempurna mana sebagai bapa, samala kita.. stay the way u are.. luv u forever..



Monday, June 22, 2009

Kedatangan Rejab - 24th of June 2009

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

nak puasala... insyallah...



Potong gaji

Mak aii..masak gini.. jgn la dipotong gaji kuli2 ni... potong je gaji org yg besar2 tu...


Saturday, June 20, 2009

Contest Aksi Menarik Ketika Anak Tido!!!

ni n3 sticky mode, pls scroll down for new n3
Ahaks.. org gila contest plak skang ni... saje je suka2... tak kena duit pun... contest ni telah dihostkan oleh MamA_Uzma. Kepada yang nak cuba2 nasib, sila klik pada banner kat sebelah.. atau klik je kat sini . Comel je gambar budak ni kan...



contest ni bermula pd 8 June-28 June 2009
contest ni akan di tutup pukul 8pm on 28 June 2009
keputusan akn diumumkn pd 6 Julai 2009
ada dua katogeri ye.....
1. umur anak dari 2 bulan hingga1 tahun
2. umur anak dari 1 tahun ke 3 tahun
lelaki dan perempuan sama

JADI MARI2 SEMUA MEMERIAHKAN CONTEST INI
CONTEST AKSI MENARIK

setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Syarat2nya adalah seperti berikut:
1. Add blog MamA_Uzma di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Mama_Uzma serta upload CONTEST AKSI MENARIK as a banner di blog anda.
DONE
2. Buat entry khas ngan tajuk contest aksi menarik& upload gmbr anak anda.
Sertakn perkara2 berikut:
Nama penuh anak
Umur anak (mengikut katogeri)
ceritakan kenapa gambar itu dipilih
dan slogannya skali
PERINGATAN : Pastikan hanya satu gambar sahaja tuk satu penyertaan,jika anda mempunyai anak lebih dari seorang boleh letak lebih maknanya kalau anak 2 org jadi 2 gambar dan seterus...dan bole juga dlm 1 gmbr ngan 2 anak skaligus..)
yg ni sila scroll kat bawah ya....
3.Dalam entri itu pastikan anda gitau dan link ke Mama_Uzma. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini,untuk rujukan.
DONE
4. Pemenang akan dipilih berdasarkn gambar yg menarik yang akan di adili oleh juri luar..yang x ada kaitan langsung ngan blogger2
yang ni bukan kuasa kita - juri makan bodek tak??? pizza satu!!! ahakss...
5. Hadiah utk pemenang adalah SHOWER MOUSE ANGEL INNOCENT & hadiah untuk si kecil juga disediakan.....

hadiah juga akan di tambah jika contest ini mendapat sambutan jadi...
tunggu apa lagi...jangan lepaskan peluang ini...



Nama penuh anak : Muhammad Danish Amsyar Bin Aznan
Umur anak (mengikut katogeri) : 2 tahun 8 bulan 1 minggu & 4 hari (ni ikut tarikh arinila ya.. tak caya tgk kat ticker sebelah)

ceritakan kenapa gambar itu dipilih: actually banyak gamba aksi yg menarik ketika danish tido, dari dia baby lagi, tapi disebabkan tuan rumah nak satu gamba je (nanti disqualified plak), org rasa yg ni paling bersesuaian sebab ni paling latest, (nanti org buat satu n3 yek gamba2 yg lain), masa ni si abah baru balik dari keje, begitu penat sekali, sampaikan si anak tido dicelah kangkangnya pun idak kesedaran (abang, pinjam vontot yek nak masuk contest ni!!!), si anak plak sejak dari pagi tak tido2 yg mana cukup merisaukan si ibu, rupanya si anak sedang meng'observe' port yg baik punya..ahaks... org gelak guling2 tgk dia tido gini..pastu dah puas guling2 org plak yg tido.. wakaka..

dan slogannya : tido la wahai sayangku... tak kira dimana kamu berada...